Monday, 11 January 2016

TIP KENALI PASANGAN ANDA.

KENALI PASANGAN ANDA.



PEREMPUAN LELAKI YANG SAMA UMUR - Couple yang sama umur negatifnya sama-sama ego..Susah nak memahami antara satu sama lain..Rajin gaduh..Mood yang berubah-rubah..Masing-masing pulak tunjuk hebat tapi jangan risau sebab pasangan macam ni tetap setia..Biasa lah noh jiwa muda..

LELAKI MUDA DARI PEREMPUAN - Perempuan yang lebih tua dari laki ni selalunya bersikap matang.. Setia.. Banyak menegur.. Peramah.. Suka tengok orang yang dia sayang tu bahagia.. Tapi dia suka bersedih sendirian.. Ego.. Cemburu.. Sensitif.. Mudah wasangka.. Cepat merajuk.. Susah dipujuk.. Susah nak paham kehendaknya, tak suka ditegur.. Emosi tapi ampa jangan risau sebab dia ni seorang penyayang dan pandai menghargai orang..
PEREMPUAN MUDA DARI LELAKI - Ini normal tapi memamg sweet.. Perempuan macam ni selalunya jenis yang ceria.. Kelakar.. Cakap banyak.. Sporting tapi kuat cemburu.. Senstif.. Dan laki kena banyak ikut kemahuan dia.. Kurang matang tapi memahami.. Sebenarnya perempuan yang lebih muda dari pasagannya ni.. Nak kan perhatian yang lebih dari pasangnnya..

Thursday, 29 October 2015

Resepi Ayam Masak Lemon





Bahan-bahan:-
2 dada ayam-bersihkan n keringkan

Bahan perap:-
3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak bijan
sedikit pepper
1 biji telur
bahan salut:-campurkan
5 sudu besar tepung
5 sudu besar breadcrumbs

Bahan sos:-
1 sudu besar sos plum
3 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
2 sudu teh tepung jagung
Minyak secukupnya

Cara-cara:-

1. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman. 

2.  Salut dengan bahan salut n goreng hingga garing n kekuningan.

3.  Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan. 

4.  Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.

5.  Curah atas ayam tadi dan hidangkan.



P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.


Selamat mencuba!!!

Resepi Koey Tiaw Goreng

Bahan2:
  • 1 bungkus koey tiaw
  • 1 ikat sayur sawi
  • sos tiram
  • sos cili
  • kicap manis
  • kicap masin
  • garam
  • bawang putih(tumbuk)
  • fish ball
  • sosej ayam
  • telur(kalau nak buh pun boleh x buh pun boleh)

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih sehingga kekuninggan.

2. Gorengkan sosej dan fish ball.(kalau ada isi ayam/udang hidup lg sedap)

3. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap secukup rasa.Kemudian masukkan koey tiaw.

4, Pecahkan telur dan gorengkan sebati bersama koey tiaw.

5. Masukkan sayur dan garam secukup rasa.


Koey Tiaw Goreng Miss Fara

SELAMAT MENCUBA!;)

Resepi Chicken Chop Sweet Sour Sauce

Bhn2:

  • Isi Ayam(Beli yg segera jew)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • kiub pati ayam(suku)
  • lada sulah
  • 1 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tomato
  • tepung jagung(bancuh sdikit jew utk pekatkan sos)*x ada pun x pew

Cara-caranya:


1. Goreng isi ayam sehingga masak dengan kadar api sederhana. Selepas masak, toskan minyak.

2. Kemudian utk buat sos, tumis bawang putih dan bawang merah yg telah ditumbuk(kisar pun boleh) sehingga kekuningan.

3. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.

4. Kemudian masukkan kiub pati ayam. (Tak payah masukkn garam sbb kiub pati dah cukup masin)

5. Masukkan bancuhan tepung jagung.

6. Kacau sehingga masak dan last sekali masukkan lada sulah.


Chicken Chop Sweet Sour Miss Fara


So, layankan jew lah makan sorang2 depan laptop ni kan. Hidup seorang student kan, makan lah sorang2 sambil wt keja.

Selamat Mencuba kawan2 ;)

Air Terjun Sg.Bantang,Bekok,Johor.

Hampir 3 tahun sebagai seorang student yang study di Johor nie, tak sah lah kalau tak explore tempat yg dia belajar kan. So, saya tak ketinggalan untuk try merasai kesejukan air dan merasai keindahan alam ciptaan Tuhan di Air Terjun Sg.Bantang,Bekok.

So, introduce ckt lah pasal tmpt ni kan. Hutan lipur ni mula ditubuhkan pada tahun 1989.lama dah lah kan. Kawasan ni terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17 seluas 210.93ha dan kompartmen 18 seluas 156.28ha. Tudia, org jenuh ukuq la. Jarak air terjun ni dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km dan 8km kalau dari Pekan Bekok.


Kenangan di Johor lah katakan...Melayan budak kecik 2 orang tu yang sibuk sangat nak p mandi2. Hah so, mandi sampai lebam.


Sempat lg lah Miss Zetty berselfie...mmg suka pun kan selfie nie.

Seronok jugak lah air terjun ni, Air pun sejuk kan. Kemudahan-kemudahan asas untuk pengunjung pun disediakan seperti tempat meletak kenderaan, tempat riadah, tandas awam, tempat persalinan pakaian dan sebagainya. Selain tu bagi mereka yg gemar berkhemah , kawasan tapak perkhemahan pun ada disediakan  kan sini.  


Sayang sangat Si Faqihah ni ngan Miss Zetty dia. Pantang nampak orang kata, keja nak melekat ja.


So kepada sapa yang tak pernah mai sini. Try lah mai. Tempat ni best. Next time boleh ja kalau nak p lagi kan. "Wish Wisdom We Explore". Bukan explore belajaq ja, semua tempat2 menarik pun explore jugak.

Thank you. See you in next entry.